Search This Blog

Friday, February 28, 2014

Askar India tembak lima rakan


SRINAGAR 27 Feb. - Seorang askar India, hari ini bertindak menembak mati lima askar lain di dalam sebuah kem tentera sebelum membunuh dirinya sendiri.
Jurucakap tentera India, Leftenanan Kolonel Narinder Nahar Joshi berkata, askar antipemberontakan tersebut sedang bertugas syif awal pagi ini apabila dia mula melepaskan tembakan ke arah rakan-rakannnya di sebuah kem di Perkampungan Safapora, kira-kira 20 kilometer di utara Srinagar.
“Askar itu mengamuk dan membunuh lima rakan lain, sebelum menembak dirinya sendiri di kem di daerah Ganderhal,’’ katanya.
Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140228/lu_07/Askar-India-tembak-lima-rakan#ixzz2uYxxoREj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment