Search This Blog

Friday, February 28, 2014

Anggota tentera maut bersama isteri dan dua anak


JEMPOL 27 Feb. - Seorang anggota Tentera dari Port Dickson maut bersama isteri dan dua anak perempuannya dalam satu kemalangan dekat simpang Ladang Geddes, dekat sini awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu berlaku apabila kenderaan Proton Saga yang dipandu mangsa dari arah Bandar Seri Jempol ke Palong terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta Proton Waja.
Menurut jurucakap bomba dan penyelamat, mangsa, Mohd. Fauzan Abu Bakar , 33; isterinya, Nur Hidayah Ngah 29, serta anak mereka, Nur Ain Shahiera 6 tahun dan Nur Aina Shamiera 10 bulan maut akibat cedera parah
"Kesemua jenazah mangsa di bawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat,'' katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140227/je_14/Anggota-tentera-maut-bersama-isteri-dan-dua-anak#ixzz2uZ0A3hg2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment