Search This Blog

Friday, February 21, 2014

Ancaman bom kasut di AS


WASHINGTON 20 Feb. - Pihak Berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam, mengeluarkan amaran mengenai ancaman bom yang disembunyikan dalam kasut terhadap pesawat-pesawat antarabangsa ke negara ini.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri(DHS) mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan berdasarkan ‘risikan baru-baru ini’ yang boleh dipercayai, menyatakan penyerang akan menyerang jet penumpang dengan menggunakan bahan letupan yang disembunyikan di dalam kasut.
Pegawai memberitahu saluran NBC, penumpang perlu menjalani pemeriksaan rapi di lapangan terbang.
Beberapa lapangan terbang telah melaksanakan pemeriksaan lebih teliti dengan meminta penumpang menanggalkan kasut, selepas seorang pengebom, Richard Reid cuba meletupkan bahan letupan yang disembunyikan di dalam kasutnya semasa penerbangan dari Paris ke Miami, kira-kira tiga bulan selepas kejadian 11 September 2011. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140221/lu_02/Ancaman-bom-kasut-di-AS#ixzz2ttaGzXiA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment