KUANTAN 27 Feb. - Anak bekas pemangku Sultan Terengganu maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 240 Lebuhraya Pantai Timur, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengahari itu, mangsa, Syed Mohd. Hafizuddin Syed Omar, 41, maut selepas tercampak beberapa meter, manakala rakannya yang memandu kereta berkenaan, Kamal Rahaidi Abd. Halim, 41, cedera.
Siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Audi yang dinaiki mereka hilang kawalan berikutan jalan licin akibat hujan sebelum terbabas dan merempuh kawasan berbukit di lebuh raya berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140227/je_16/Anak-bekas-pemangku-Sultan-Terengganu-maut-dalam-kemalangan#ixzz2uZ9Hx0eP
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment