Search This Blog

Sunday, February 16, 2014

40 hektar kawasan belukar, hutan terbakar di NS


SEREMBAN 15 Deb. - Sebanyak 40 hektar kawasan hutan dan belukar di sekitar negeri ini dijilat api dalam tempoh 24 jam, dilaporkan dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka sehingga pukul 7 petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Norazam Khamis menjelaskan, dalam tempoh yang sama juga pihaknya telah menerima sebanyak 32 panggilan kecemasan berhubung aduan kebakaran di seluruh negeri ini.
"Sehingga lewat petang ini sahaja pasukan kita tidak berhenti bertungkus lumus memadam kebakaran di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.
"Ekoran dari itu, kesemua cuti anggota dibekukan berkuatkuasa serta-merta bagi membantu operasi memadam kebakaran terbuka. Terkini melibatkan kawasan belukar dan hutan seluas 20 ekar di kawasan sempadan Rembau-Tampin," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas operasi memadam kebakaran di Kampung Belangkan di Batu 6 1/2 dan 4 1/2 Jalan Kuala Sawah di sini.
Menurutnya, kejadian berkenaan melibatkan kawasan seluas 10 hektar yang turut memusnahkan lapan unit chalet dan dua kabin (pejabat) di kawasan peranginan (resort) yang telah lama ditinggalkan di kawasan itu.
Sementara di Batu 4 1/2 di Jalan Kuala Sawah pula, kawasan seluas lima hektar turut terbakar. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140215/je_14/40-hektar-kawasan-belukar-hutan-terbakar-di-NS#ixzz2tRGqVoec
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment