Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

3 cedera hotel terbakar di Madinah


MADINAH 26 Feb. - Sekurang-kurangnya dua jemaah umrah dan seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam cedera dalam satu kejadian kebakaran di sebuah bilik hotel yang didiami oleh jemaah dari Pakistan, di sini semalam.
Menurut laporan Saudi Gazette, kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik di tingkat empat bangunan hotel setinggi tujuh tingkat di kawasan Tengah Haram kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Jurucakap Pertahanan Awam, Kolonel Khaled al-Johani berkata, sekumpulan pasukannya dikerahkan ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api.
"Punca utama kebakaran masih belum diketahui dan satu siasatan akan dijalankan," katanya sambil menambah kesemua 368 jemaah lain yang menghuni hotel berkenaan telah dipindahkan ke hotel lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140227/lu_11/3-cedera-hotel-terbakar-di-Madinah#ixzz2uTK1lfFR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment