KARO, Indonesia 2 Feb. - Seramai 14 orang termasuk empat orang pelajar sekolah terbunuh semalam, selepas Gunung Berapi Sinabung menghamburkan abu panas dalam letupan terbesar sejak beberapa hari.
Menurut jurucakap Jabatan Agensi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho, lapan daripada mereka ditemui mati di kampung Sukameriah berhampiran Gunung Sinabung, manakala empat daripada mereka adalah pelajar sekolah tinggi yang dalam perjalanan melihat letusan tersebut.
Tiga lagi mayat lain ditemui di kampung itu tenghari dan mereka dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140202/lu_02/14-termasuk-pelajar-terbunuh-angkara-letusan-Gunung-Sinabung#ixzz2s88MXKko
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment