Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Wanita tua mati dijerut pencuri guna paip getah


2014/01/15
Marang: Seorang wanita berusia 68 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati di rumahnya semalam, dipercayai lehernya dijerut paip getah oleh perompak yang memasuki kediaman mangsa.

Tengku Enong Tengku Muda yang lumpuh kaki sejak kecil, ditemui anak jirannya dalam keadaan terlentang di dalam bilik air rumahnya pada jam 2.30 petang.


Anak jiran mangsa curiga selepas tidak melihat Tengku Enong ketika solat Zuhur di surau berdekatan rumah mereka seperti biasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manorahan, berkata polis menemui paip getah di leher tukang jahit itu yang dipercayai digunakan suspek untuk menjerut sekali gus menyebabkan kematian mangsa.

Suspek dikenali mangsa

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya kejadian ini bermotifkan samun dan bunuh memandangkan telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangan emas milik mangsa turut hilang,” katanya yang tidak menolak kemungkinan suspek dikenali mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395 kanun sama kerana merompak,” katanya.
Anak mangsa, Shalini Embong, 48, berkata beliau tidak sangka ibunya menjadi mangsa samun dan bunuh kerana menanggap beliau hanya pengsan berikutan penyakit darah tinggi dihidapinya.

No comments:

Post a Comment