Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Wanita Malaysia terbunuh di Singapura


2014/01/15
Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Malaysia antara dua individu yang maut dalam kebakaran sebuah kondominium di Marina Bay Suites, Singapura, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Sooria Kala Kanaseon, 34, dan seorang lelaki warga Singapura, Sim Lai Huat, 58, ditemui mati dalam lif di tingkat 65 kondominium berkenaan.


Anggota bomba yang memadam kebakaran itu turut dilaporkan tercedera.

Api marak dengan pantas

Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang juga pengawal keselamatan kondominium yang baru dibina itu, dipercayai sedang meronda di tingkat berkenaan.

“Mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan lif utama kondominium, namun gagal berikutan api marak dengan pantas sebelum ditemui mati.

“Kebakaran dipercayai bermula di tingkat 65 kondominium dan puncanya masih dalam siasatan,” katanya. Difahamkan, ketika kejadian kebanyakan unit di kondominium berkenaan belum berpenghuni.

No comments:

Post a Comment