Search This Blog

Friday, January 24, 2014

Ubat RM2.1j dirampas


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) merampas 151 jenis ubat-ubatan haram bernilai RM2.1 juta yang dipercayai diseludup dari Myanmar dalam serbuan di sebuah banglo dua tingkat di sini hari ini.
Banglo tersebut yang dipercayai dijadikan setor ubat-ubatan selama 10 tahun diserbu kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ubat-ubatan itu dipercayai untuk dipasarkan kepada warga Myanmar yang berada di negara ini.
Ketua Unit Hubungan Media JKWPKL, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil risikan selama sebulan mendapati ubat-ubatan tersebut telah dibawa masuk melalui jalan udara dan laut.
“Rumah banglo ini dijadikan setor simpanan utama ubat-ubatan ini dengan harapan supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan kegiatan mereka," katanya ketika ditemui dalam operasi Ops Myanmar di sini hari ini.
Menurut Kamarul Azhar, kesemua ubat- ubatan yang dirampas itu tidak mendapat kelulusan untuk dipasarkan di negara ini.
Katanya, ubat-ubat yang dirampas akan diuji untuk mengenal pasti kandungannya dan jika terbukti ada bahan terlarang, maka pemiliknya boleh didakwa di bawah Akta Racun 1952.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140124/je_08/Ubat-RM21j-dirampas#ixzz2rGgmIIps
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment