Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Tujuh mati dibaham harimau betina


2014/01/16
Lucknow: Harimau yang kelaparan membunuh tujuh orang di utara India sejak dua minggu lalu, memaksa penduduk kampung yang ketakutan tidak keluar rumah, manakala pemburu cuba membunuh haiwan ganas itu, kata pihak berkuasa semalam.

Mangsa terbaru mamalia itu ialah seorang wanita yang mayatnya ditemui di dalam hutan kelmarin di Uttar Pradesh, kata Ketua Pemuliharaan Utama Hutan, Rupak De.


Berkeliaran mencari mangsa

Harimau betina itu berkeliaran mencari mangsa di seluruh kawasan seluas kira-kira 130 kilometer itu.

“Usaha memburu sudah dilancarkan untuk membunuh harimau berkenaan yang mula memakan manusia.

“Ia pasti amat lapar kerana berlari tanpa rehat dan makanan tidak mencukupi,” katanya.

Laporan mengenai harimau pembunuh yang bebas mula terbesar pada 29 Disember lalu apabila seorang lelaki berusia 65 tahun muat dibaham di daerah Sambhal.
“Penduduk ketakutan. Mereka diminta tidak pergi ke hutan berdekatan seorang diri. Tiga pemburu diupah untuk membunuh harimau itu,” kata pegawai di Moradabad, Salim Luqman.

Haiwan ganas itu dipercayai tersesat ke kawasan itu dari Taman Negara Jim Corbett. - AP

No comments:

Post a Comment