Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Terhempas: Juru pandu belon udara selamat


2 Januari 2014
BEIJING - CHINA. Seorang lelaki warga China yang cuba mendarat di Kepulauan Diaoyu dengan menaiki belon udara panas diselamatkan oleh pengawal pantai Jepun selepas belonnya terhempas ke dalam laut, kira-kira 20km dari pulau tersebut.

Bahagian kepulauan itu menjadi pertikaian di Laut China Timur yang dikenali sebagai Kepulauan Senkaku di Jepun dan Kepulauan Diaoyu di China.

Menurut laporan akhbar 'The South China Morning Post', juru pandu belon udara panas berusia 35 tahun itu dikenali sebagai Xu Shuaijun, seorang juru pandu belon  bertauliah.

Selepas diselamatkan, lelaki itu, yang tidak mengalami kecederaan, kemudian diserahkan kepada kapal peronda China di perairan itu, Rabu.

Lelaki itu dikatakan memulakan perjalanan dengan menaiki belon udara panas dari wilayah Fujian di tenggara China dalam percubaan mendarat di kepulauan itu pada pukul 7 pagi, hari berkenaan.
 
Menurut laporan itu, Xu, seorang tukang masak, gagal mendarat di pulau itu apabila belon udaranya mengalami masalah mekanikal selepas memulakan penerbangan hampir tujuh setengah jam.

Beliau menghantar mesej di akaun 'Sina Weibo', Twitter versi China, hari ini dengan berkata: "Telah kembali dengan selamat ke bandar Fuqing di wilayah Fujian dan terima kasih atas kebimbangan anda".

Pada 26 September lepas, Xu meninggalkan mesej dalam akaun 'Sina Weibo' dengan menulis: "Terbang ke Kepulauan Diaoyu...jadilah seorang warga China dengan sikap", dan mesej itu menunjukkan tindakan itu telah dirancang beberapa bulan lepas.

Konflik ke atas kepulauan tu telah meningkat sejak kerajaan Jepun 'membeli'tiga daripada pulau-pulau itu pada 2012. - Bernama

No comments:

Post a Comment