Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Terbabas langgar tiang lampu

Terbabas langgar tiang lampu
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
16 Januari 2014


Terbabas langgar tiang lampu Kereta yang terbabas sehingga menyebabkan tiang lampu bengkok dan tercabut.

SUNGAI PETANI - Belum puas merasai kereta yang baru dibeli, seorang peniaga berputih mata akibat kemalangan yang menyebabkan kenderaannya rosak teruk.

Dengan alasan gagal mengelak sebuah motosikal yang berada di hadapan, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an itu remuk teruk di bahagian hadapan setelah melanggar tiang lampu hiasan di tepi jalan sehingga tercabut.

Kejadian yang berlaku dekat Jalan Badlishah berdekatan kawasan perkuburan tidak jauh dari lampu isyarat Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani pada jam 6.30 petang kelmarin itu mengejutkan ramai pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Kebanyakan pengguna yang menyaksikan kejadian terkejut apabila mendapati sebuah kereta berada di atas pembahagi jalan selain tiang lampu yang bengkok.

Kejadian turut menyebabkan kereta jenis Toyota Camry yang baru sahaja dibeli beberapa bulan lalu itu remuk akibat dihempap tiang lampu terbabit.

Bagaimanapun, mangsa yang memandu kereta itu sendirian dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati tiang lampu hiasan dipercayai tercabut dan patah akibat rempuhan kuat.

Ketika ditanya, mangsa menjelaskan dia sedang mengelak dari sebuah motosikal yang tiba-tiba berada di hadapan.

Kereta mangsa yang datang dari arah Sungai Lalang ke Butterworth terbabas sehingga ke pembahagi jalan.

Seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan, mangsa merupakan seorang peniaga dan ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan menghantar pesanan yang tertinggal.

No comments:

Post a Comment