Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Tenggara Australia dilanda cuaca panas melampau


Gambar yang diambil pada 12 Januari lalu merakamkan kereta bomba cuba memadamkan kebakaran hutan di kawasan Stoneville, pinggir Perth. - AFP
SYDNEY 15 Jan. - Lebih 250 kebakaran berlaku di tenggara negara ini, semalam ekoran kejadian petir, menyebabkan pasukan penyelamat bertungkus lumus mengawal api dalam cuaca panas melampau.
Sekumpulan pasukan penyelamat terpaksa memadamkan 20 kebakaran di negeri Victoria, yang mencatat 173 korban dan lebih 2,000 buah rumah musnah dalam kebakaran akibat disambar petir pada 2009.
Sebanyak 18 kebakaran berjaya dikawal dan pegawai berkata, tiada rumah yang terjejas dalam bencana tersebut di negeri itu.
"Pasukan penyelamat sibuk memadamkan 256 kebakaran baharu berpunca daripada petir lewat semalam," kata jurucakap pihak berkuasa bomba Victoria.
Barat Australia, Australia Selatan dan Victoria dilanda cuaca panas melampau sehingga mencecah 46 darjah Celcius sejak beberapa hari lalu.
Pemain-pemain tenis yang menyertai Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, ibu negeri Victoria bermain dalam cuaca pansa terik setinggi 42 darjah Celsius dengan beberapa pemain mengalami muntah-muntah.
Bandar Adelaide, ibu negeri Australia Selatan pula dilanda cuaca panas terik masuk hari keempat berturut-turut dengan suhu mencecah 45.1 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi berkata, gelombang panas itu tertumpu di tenggara Australia setelah cuaca panas melampau semakin reda di Barat kecuali di kawasan utara termasuk di wilayah Pilbara yang kaya dengan sumber semula jadi.
Cuaca panasa melampau turut diramal berlaku di selatan New South Wales, Victoria dan Tasmania.
Australia mengalami cuaca panas melampau paling teruk sejak 1910, dan 2014 mencatat keadaan panas yang terik dengan lebih 50 kediaman musnah dalam kebakaran di barat bandar Perth pada Isnin lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_04/Tenggara-Australia-dilanda-cuaca-panas-melampau#ixzz2qX31ZUiK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment