Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Selesaikan 4 kes bunuh


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam. - BERNAMA
JOHOR BAHRU 15 Jan.-- Keberanian dua anggota polis terjun ke laut bagi memberkas suspek yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pada 8 Januari lalu berjaya membantu menyelesaikan empat kes pembunuhan di Batu Pahat dekat sini sejak 3 November tahun lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek diberkas di sebuah rumah di tepi laut Kampung Makam, Ulu Tiram, beberapa jam selepas rakannya yang berusia 30 tahun ditahan di Taman Cahaya Masai, dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Kita memang telah menubuhkan pasukan khas untuk memberkas penjenayah ini dan kedua-dua suspek akhirnya berjaya ditahan.
"Dengan tertangkapnya kedua-dua penjenayah ini, kami menganggap empat kes bunuh itu selesai," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar memberitahu, kedua-dua penjenayah tersebut didapati positif dadah dan mempunyai tiga rekod lampau.
Menceritakan mengenai modus operandi empat kes bunuh di Batu Pahat, beliau berkata, kesemua mangsa merupakan warga emas yang berusia 55 hingga 76 tahun dan mereka dibunuh menggunakan objek tumpul atau peralatan yang ada di dalam premis yang dipecah masuk oleh mereka.
"Mereka akan membunuh mangsa dan melarikan barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai, " kata beliau.
Tambah Mohd. Mokhtar, semasa tangkapan dibuat, pihaknya merampas lima telefon bimbit, satu iPad, dua pen drive serta lima kad memori daripada suspek.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_03/Selesaikan-4-kes-bunuh#ixzz2qXLWCbHU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment