Search This Blog

Friday, January 24, 2014

Saman anak kahwin wanita kasta rendah


Patna: Seorang lelaki di timur India menyaman anak lelakinya yang didakwa mencemarkan reputasi dan status sosialnya selepas berkahwin dengan wanita kasta lebih rendah.

Sidhnath Sharma menuntut kerugian 10 juta rupee (RM539,843) daripada anaknya, Sushant Jasu dan tidak membenarkan anaknya itu menggunakan nama keluarga mereka lagi.


Perbicaraan akan diadakan di mahkamah negeri Bihar hari ini.



Sharma, peguam dari kasta atasan Bhumihar, berkata, perkahwinan anak lelakinya tahun lalu itu memecahkan tradisi 400 tahun kasta terbabit. “Selama bertahun-tahun perkahwinan yang diatur dalam kalangan sesama kasta sudah menjadi tradisi. “Tetapi apabila anak lelaki sendiri mengakhiri tradisi itu, ia bukan saja mengejutkan saya, malah status sosial kasta kami. Ia tidak boleh dimaafkan dan tidak akan dilupakan,” katanya dalam satu kenyataan.


Warisan sistem kasta masih kuat diamalkan di kebanyakan bahagian di India, termasuk Bihar, satu daripada negeri paling miskin dan paling ramai penduduk. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24

No comments:

Post a Comment