Search This Blog

Friday, January 3, 2014

Rumah dihujani serpihan batu


AHMAD menunjukkan serpihan batu yang jatuh ke atas bumbung rumahnya dan merosakkan siling di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, George Town semalam.


BAYAN LEPAS - Penduduk di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung di sini hidup dalam kebimbangan apabila rumah mereka dihujani serpihan batu ekoran kerja-kerja meletup batu di sebuah tapak projek perumahan bersebelahan kediaman mereka sejak beberapa bulan lalu.
Dalam kejadian pada 27 Disember lalu, tiga buah rumah penduduk di situ rosak apabila batu-batu terpelanting ke atas bumbung rumah mereka sehingga menyebabkan siling dan lantai simen pecah.
Kosmo! difahamkan, operasi meletup batu bukit oleh sebuah syarikat pemaju perumahan itu dilakukan bagi membolehkan mereka mendirikan benteng bersebelahan tapak perumahan mewah yang masih dalam proses pembinaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2pHS2v7Mo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment