Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Polis tahan lelaki rakam video wanita mandi


13/01/2014 5:59pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki merakam video seorang wanita sedang mandi di rumahnya di Kondominium Bayu Tasik, Cheras di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berusia 31 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya melalui tingkap bilik mandi rumah wanita berkenaan.
"Rumah mangsa yang berada di aras bawah memudahkan suspek bertindak keji namun mangsa sempat melihat lelaki berkenaan yang memegang telefon bimbit sebelum menjerit minta tolong,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu.
Beliau berkata, polis menahan lelaki terbabit di tingkat dua bangunan itu, kira-kira pukul 12 tengah malam hari yang sama setelah wanita berkenaan membuat laporan polis.
Polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit dan siasatan mendapati terdapat rakaman video wanita berkenaan di dalam telefon itu, katanya.
Suspek yang sudah berumah tangga itu ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2qH0lap8c 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment