Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Polis buru lelaki samun pengusaha kilang fucuk dan suun


13/01/2014 3:57pm

CHI YONG yang kini diburu polis


GEORGE TOWN - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah milik pengusaha kilang membuat fucuk dan suun yang berlaku di Jalan Tasek, Sungai Bakap, Nibong Tebal dekat sini awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai 'Ah Yong' atau nama sebenarnya Lo Chi Yong, berusia 30 tahun dan mempunyai dua alamat terakhir.
Alamat pertamanya adalah di PT 326, Taman Melang, Jalan Seremban, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan satu lagi alamat adalah di No. 17, Jalan NB 27/5, Nusa Bistari, Johor Bahru, Johor.
Dalam kejadian samun yang berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad lalu, Ah Yong yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta di hadapan rumah mangsa telah memecut kenderaan itu tanpa mempedulikan nasib tiga rakannya sebaik menyedari sepasukan polis bersama orang kampung telah mengepung rumah berkenaan.
Manakala tiga rakannya tidak sempat melarikan diri dan telah ditahan polis ketika cuba bersembunyi di sebuah ladang nenas dan kelapa sawit sekitar rumah mangsa. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2qGzs4b2S 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment