Search This Blog

Friday, January 3, 2014

Penumpang diselamatkan dari kapal terkandas di Antartika


SEBUAH helikopter milik China mendarat untuk mengambil para penumpang kapal MV Akademik Shokalskiy di Antartika Timur semalam. - AFP


CANBERRA, Australia - Sebuah helikopter digunakan untuk menyelamatkan 52 penumpang sebuah kapal penyelidikan yang terkandas di Antartika Timur semalam.
Para penumpang itu terkandas sejak sebelum Krismas lagi ekoran lapisan ais yang tebal sehingga menyebabkan kapal tersebut tidak boleh belayar.
Sebuah helikopter milik China membawa beberapa saintis dan pelancong yang menaiki kapal MV Akademik Shokalskiy itu secara berperingkat-peringkat.
Menurut Pusat Penyelaras Menyelamat Pihak Berkuasa Maritim Australia, para penumpang itu dihantar ke sebuah kapal pemecah ais milik Australia.
Kapal pemecah ais itu akan menghantar para penumpang tersebut ke Pulau Tasmania.
Namun, semua 22 kru akan berada di atas kapal MV Akademik Shokalskiy itu sehingga ais tebal di kawasan tersebut merekah dan cair.
Sebelum ini, beberapa percubaan untuk menyelamatkan 52 orang penumpang itu mengalami kegagalan akibabat cuaca buruk dan lapisan ais yang tebal.
Kapal yang terkandas itu meninggalkan New Zealand pada 28 November lalu bagi melakukan ekspedisi untuk meraikan ulang tahun ke-100 pelayaran ke Antartika yang diketuai pengembara dari Australia, Doughlas Mawson.
Namun, kapal tersebut terkandas pada 24 Disember lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2pHPxIC9o 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment