Search This Blog

Friday, January 3, 2014

Misteri kematian duta Palestin


BEBERAPA anggota bomba meninjau rumah yang didiami Jamal di Prague kelmarin.


PRAGUE - Beberapa penyiasat Palestin dan Republik Czech semalam menyiasat kematian misteri Duta Palestin ke negara ini, Jamal al-Jamal di rumahnya akibat letupan peti besi.
Polis Republik Czech menyatakan, pihaknya percaya letupan tersebut disebabkan bahan letupan antipencuri pada peti tersebut.
Namun, akhbar MF DNES menyiarkan tajuk muka depan dengan perkataan misteri yang merujuk tentang kematian duta berkenaan.
Jamal. 56, yang memegang jawatan itu sejak Oktober lalu mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan perut ekoran letu- pan tersebut.
Isteri Jamal turut dirawat di sebuah hospital kerana terhidu asap tetapi dibenarkan keluar kelmarin.
"Peti besi yang meletup itu telah digunakan hampir setiap hari," kata jurucakap Kedutaan Palestin, Nabil al-Fahel.
Menurutnya, peti besi itu sudah terlalu tua dan dibeli pada pertengahan tahun 1980-an.
Beliau berkata, maklumat yang diterimanya menyatakan bahawa tiada sistem antipencuri terdapat pada peti besi tersebut.
Ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan letupan itu, beliau berkata: "Kami masih belum mengetahuinya. Kami sedang menunggu hasil siasatan."
Pasukan khas Palestin turut berada di sini bagi membantu menyiasat tentang kematian jamal.
Jamal merupakan anggota parti Fatah yang mentadbir Palestin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2pHQKWxdY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment