Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Mayat ditemui dalam kawasan semak

SINAR HARIAN
Mayat ditemui dalam kawasan semak 2 Januari 2014

 Keadaan mangsa warga Myanmar yang ditemui dengan kaki dan tangannya diikat.

 BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki warganegara Myanmar ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya terikat di dalam kawasan semak di Kampung Masjid Timah, semalam.

Mangsa, Sadnoor Abdulla, 28, yang memakai seluar jeans dan berbaju T lengan panjang dijumpai dalam keadaan mengiring.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, lelaki itu ditemui oleh seorang penduduk jam 12 tengah hari yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

“Mangsa yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat terus ke leher.

“Pemeriksaan awal mendapati ada kesan pukulan di bahagian kepala dan mangsa dipercayai mati kira-kira 10 jam lalu.

“Motif kejadian masih disiasat dan kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan semak terbabit,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment