Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Maut dilanggar bas ekspres


2 Januari 2014

BELURAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 19 Jalan Telupid-Ranau, jam 11 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran Asisten Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata mangsa yang mati di tempat kejadian dikenali sebagai Pattrick Canda, 38, dari Kampung Gambaron Telupid.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.

Katanya kejadian berlaku semasa bas ekspres yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nasyrul Ridzuan Ab Razak di talian 089511222 bagi membantu siasatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment