Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Lima lelaki Pakistan didakwa culik lelaki tempatan

13/01/2014 4:38pm


KUALA LUMPUR - Lima lelaki warganegara Pakistan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menculik seorang lelaki tempatan dengan tujuan menuntut wang tebusan RM5,000 pada November lepas.
Shammas Khan, 43, Malik Muhamad Najam,42, Mian Altamash Ahmed Khan,32, Muhammad Sufyan, 30, dan Hameed Khan, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majisret Erry Shahriman Nor Aripin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan kesemua tertuduh melantik peguam.
Mereka didakwa menculik mangsa, yang juga pesara berusia 47 tahun, di Cheria Height Apartment, Taman Bukit Cheras, di sini antara 8 malam 16 November 2013 dan 5 pagi 18 November 2013. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2qH0bgIa6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment