Search This Blog

Friday, January 24, 2014

Lelaki miliki RM16.7 juta didakwa


SYDNEY 23 Jan. - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) didakwa di mahkamah Australia atas jenayah penggubahan wang haram semalam, selepas pihak berkuasa menemukan wang tunai sebanyak AU$5.7 juta (RM16.7 juta) dalam tujuh buah beg di sebuah pangsapuri di sini.
Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Tony Negus berkata, lelaki berusia 58 tahun itu yang tidak didedahkan nama, tiba di negara ini dari Costa Rica dua hari sebelum ditahan pada Sabtu lalu di pangsapuri tersebut dekat Lapangan Terbang Sydney.
Katanya, rampasan wang haram itu merupakan yang terbesar dalam sejarah negara ini selepas kes rampasan dadah dan aset jenayah bernilai AU$580 (RM1.7 bilion) termasuk wang tunai bernilai AU$26 (RM76 juta) pada tahun lalu.
"Suspek cuba menafikan wang itu miliknya dan jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara selama tiga tahun," katanya. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140124/lu_09/Lelaki-miliki-RM167-juta-didakwa#ixzz2rGGNvQnR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment