Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Lelaki mabuk mati ditikam

Lelaki mabuk mati ditikam Anggota polis forensik memeriksa mayat seorang lelaki mati dibunuh awal pagi tadi di Taman Nusa Bestari, Nusajaya, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin Dua ditemui terbaring di tepi jalan, seorang ditahan bantu siasatan

Johor Bahru: Mabuk sehingga tidak sedar orang yang terbaring di sebelahnya, sebenarnya sudah pun mati, dipercayai dibunuh.

Dalam kes di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru itu, dua lelaki ditemui kira-kira jam 6 pagi terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah pub di kawasan berkenaan.

Seorang berusia 36 tahun mati, manakala seorang lagi dua tahun lebih tua terbaring tidak sedarkan diri di sebelahnya.

Beberapa kesan tikaman

Ketua Polis Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata lelaki yang mati dengan beberapa kesan tikaman itu bekerja di sebuah syarikat percetakan.
“Polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai dua lelaki itu.
“Pemeriksaan kemudian mendapati seorang daripada mereka sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi tidak sedarkan diri. Mereka dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika kejadian, dua lelaki itu dipercayai mabuk, tapi siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti pembunuh,” katanya sambil menambah, lelaki 38 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis.

No comments:

Post a Comment