Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Jatuh dalam tadahan air: Kanak-kanak maut


2 Januari 2014

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air sedalam kira-kira tiga meter di Kampung Balai Panjang, Malim, di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika Khairul Nazril Haziq Khairul Nazremy dikatakan sedang bermain bersama-sama abangnya Khairul Nazri Hakimi, 5, di sekitar kolam tersebut yang terletak bersebelahan rumah datuk mereka.

Pegawai Bomba Kanan 2, Mokhtar Othman dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu, berkata mereka menerima panggilan pada 2.44 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Bomba memulakan operasi menyelamat pada jam 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, abangnya turut terjatuh dan lemas namun berjaya diselamatkan oleh bapa saudaranya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Suraiziah Mulub, 31, berkata ketika kejadian beliau dan suaminya tiada di rumah kerana menjemput dua lagi anak mereka pulang dari sekolah.

"Ketika kejadian, saya dan suami sedang mengambil dua orang lagi anak  kami yang bersekolah di Malim dan menerima panggilan daripada keluarga suami saya menyatakan Haziq lemas," katanya yang tinggal di Pokok Mangga.

Beliau berkata, suaminya juga cuba berusaha turun ke kolam tersebut  sebelum meminta bantuan bomba untuk mencari Haziq, namun gagal kerana kolam  itu terlalu dalam.

"Kami tumpangkan dua beradik itu bersama datuk dan nenek untuk menjaga mereka sementara kami menguruskan hal persekolah dua lagi anak kami," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment