Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Jakarta masih banjir, hujan lebat

Jakarta masih banjir, hujan lebat15 Januari 2014

Penduduk awam berpindah ke 35 pusat pemindahan susulan banjir berterusan di seluruh Jakarta.

JAKARTA - Pihak keselamatan mengesahkan sehingga semalam sebanyak 36 kawasan masih ditenggelami banjir di seluruh bandar itu selepas hujan berterusan sejak empat hari lalu.

Ketua Polis Jakarta, Hindarsono berkata kepada Antara News, sebanyak 15 kawasan di Jakarta Selatan ditenggelami air sedalam 1 meter termasuk TB Rajin, Kebagusan 1, Kemang Raya, Kemang Utara 9, Duren Bangka dan Prapanca.

“Sembilan kawasan di Jakarta Timur juga dilaporkan ditenggelami air sedalam 2 meter termasuk kampung Pulo, Redang HEK, Jatinegara Barat, Kalisari Pasar Rebo, Kramat Makassar, Bidara Cina, Kalibata, Jagorawi dan Kebun Pala.

Menurutnya, tiga kawasan di Jakarta Pusat iaitu Karet Tengsin, Benhil dan Sumur Batu juga terjejas manakala di Jakarta Utara terdapat dua kawasan banjir iaitu Kramat Raya dan Mangga Dua Raya.

“Tujuh kawasan di Jakarta Barat antara terjejas iaitu di Citraland Mall, Grogol, Rawa Buaya, Panjang Grenvil, Panjang Green Garden, Pos Pengumben, Daan Baginda dan BN Angke.

Terdahulu, Jurucakap Agensi Bencana Sutopo Purwo berkata, sehingga semalam 5,152 orang masih ditempatkan di 35 pusat pemindahan. 

No comments:

Post a Comment