Search This Blog

Friday, January 24, 2014

Fitnah: Khai Loon berdepan tindakan penjara, denda


Abdul Rahim , Lee Khai Loon
PULAU PINANG 23 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon berdepan tindakan penjara dan denda sekiranya disabitkan kesalahan kerana memfitnah berhubung isu kangkung yang membangkitkan kemarahan banyak pihak baru-baru ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah mengambil keterangan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hari ini.
“Kenyataan daripada beberapa pihak lain juga telah diambil dan kertas siasatan telah dibuka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya di sini hari ini.
Difahamkan, Khai Loon disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Khai Loon dan beberapa penyokong pembangkang sebelum ini bertindak biadab menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mempersenda kenyataan Najib berhubung penurunan harga sayuran berkenaan.
Tindakan tidak bertanggungjawab Khai Loon itu menyebabkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mengadakan demonstrasi aman bagi mendesak wakil rakyat berkenaan memohon maaf.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140124/je_09/Fitnah-Khai-Loon-berdepan-tindakan-penjara-denda#ixzz2rGiY6BFc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment