Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Dua warga China hilang dipukul ombak Telok Kalong


Oleh Rosli Ilham

CHUKAI: Hasrat dua sahabat warga China merakam gambar kenangan keindahan pantai Teluk Kalong, dekat sini, berakhir dengan tragedi selepas mereka berdua hilang dipukul ombak besar, dekat sini, kira-kira 4 petang ini.

Zhang Xuefeng, 39, dan rakannya, Wanghai, 45, yang bekerja di kilang besi Eastern Steel, di sini, dikatakan sedang merakam gambar, kira-kira 2.30 petang.


Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Yahaya Hanafi berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan kejadian kira-kira 5.15 petang.

Katanya, sepasukan 16 anggota bomba yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba 20 minit kemudian terus melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.


"Gerakan mencari dan menyelamat menemui kesukaran berikutan ombak besar dan pasukan kami terpaksa melancarkan gerakan mencari dengan mengadakan kaedah rondaan pantai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Menurutnya, sehingga kira-kira 9 malam, gerakan mencari dan menyelamat masih belum berjaya menemui mangsa dan gerakan itu masih dijalankan.

"Pasukan bomba turut mendapat kerjasama daripada polis dan penduduk kampung untuk gerakan mengesan mangsa," katanya.

Beliau berkata, Ketua Bahagian Keselamatan Eastern Steel Wahib Embong, 58, yang mendapati kedua-dua pekerja terbabit tidak pulang ke asrama segera ke pantai berkenaan untuk mencari mangsa.

Katanya, sebaik tiba di pantai terbabit, seorang daripada rakan mangsa yang turut bersama mangsa memaklumkan kedua-dua rakannya hilang dipukul ombak kepada ketua keselamatan terbabit.

"Pengadu kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan sebelum bertindak memaklumkan kejadian itu kepada pihak bomba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01

No comments:

Post a Comment