Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Dua maut sambutan tahun baru di Filipina



SEORANG lelaki yang cedera akibat terkena percikan bunga api dirawat di Pusat Perubatan Memorial Jose Reyes, Manila, Filipina semalam.


MANILA - Dua orang terbunuh dan hampir 600 orang cedera akibat terkena percikan bunga api dan peluru sesat semasa meraikan kedatangan tahun baru di Filipina, kata beberapa pegawai semalam.
Kira-kira 50 buah hospital melaporkan, terdapat 599 orang cedera dari 21 Disember hingga semalam yang merupakan peningkatan 43 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.
Di wilayah Cagayan, utara Filipina, satu pertunjukan bunga api yang mengandungi mercun meletup menyebabkan seorang lelaki berusia 19 tahun terbunuh.
Seorang bayi lelaki turut terbunuh terkena peluru sesat yang melalui bunbung rumah keluarganya di wilayah Ilocos Sur.
Beberapa doktor di wilayah Ilocos Norte menyatakan, seorang lagi budak lelaki bertarung nyawa setelah terkena peluru sesat di kepalanya.
Kebanyakan penduduk Filipina percaya bunyi bising akan dapat mengusir roh jahat dan membawa tuah.
Ramai penduduk negara ini membakar mercun dan bunga api walaupun mereka menyedari bahaya yang akan menimpa. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2pDm5r2IR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment