Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Dua beradik ditahan bantu kes polis ditemui mati ditembak di ladang


13/01/2014 4:05pm

KUANTAN - Dua beradik ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis yang ditemui mati ditembak di kawasan ladang dekat Jaya Gading di sini minggu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihak polis mendapat perintah reman sehingga 19 Januari terhadap kedua-duanya yang berusia 19 dan 33 tahun.
Beliau memberitahu Bernama kedua-duanya ditahan di Pantai Sepat dekat sini kira-kira pukul 9 malam tadi.
Pada Isnin lepas, Koperal Abdul Halim Mat Ali, 48, ditemui mati ditembak selepas beliau mengejar dua lelaki yang bersenjatakan dua laras senapang patah.
Anggota terbabit ditemui dengan kesan tembakan peluru penabur di muka dan dadanya di kawasan ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) sehari selepas beliau dilihat mengejar kedua-dua suspek.
Mangsa dan tiga lagi rakan sebelum itu yang membuat rondaan mencegah jenayah terserempak dengan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Kedua-duanya yang didapati membawa dua laras senapang telah dikejar keempat-empat anggota polis tersebut.
Abdul Halim yang berpecah dengan rakan-rakannya ketika mengejar suspek kemudiannya gagal dihubungi sehingga beliau ditemui mati ditembak. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2qGzz3SXg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment