Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Doktor wanita jual bayi dihukum mati

Doktor wanita jual bayi dihukum matiZhang (depan) diiringi polis untuk dibawa ke mahkamah di Weinan, wilayah Shanxi, di utara China semalam. - Foto AFP Tipu ibu bapa, dakwa anak sakit, mati, cacat

Beijing: Seorang doktor wanita China yang didapati bersalah menculik dan menjual bayi baru lahir dijatuhi hukuman mati tertangguh semalam, di dalam kes yang mencetuskan kemarahan umum, ketika masalah penjualan kanak-kanak semakin kronik di negara itu.

Zhang Shuxia, 55, seorang pakar perbidanan, didapati bersalah menculik sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak dan menipu ibu bapa supaya menyerahkan bayi mereka dengan menyatakan anak mereka sakit atau sudah mati.

Mahkamah diberitahu, tindakan Zhang, hanya diketahui tahun lalu, ketika beliau memberitahu ibu bapa bayi lelaki baru lahir bahawa ibunya menghidap ‘sifilis dan hepatitis yang boleh menjangkiti bayi’ sambil memujuk mereka untuk menyerahkan anak itu kepadanya.

“Beliau membawa bayi itu ke rumahnya dan menghubungi penyeludup,” kata pendakwa.

Doktor kemudian memberitahu ibu bapa bahawa mereka tidak mempunyai penyakit itu dan membuat laporan polis untuk tindakan.

Pihak berkuasa berjaya menemui bayi itu, yang dijual penyeludup kepada petani dengan tiga anak perempuan di wilayah tengah Henan pada harga 60,000 yuan (RM 31,982).

Tahun lalu juga, Zhang memujuk seorang ibu untuk menyerahkan sepasang bayi perempuan baru lahir kerana seorang daripada sudah mati, manakala seorang lagi cedera di tangan dan kaki, kata mahkamah. 

No comments:

Post a Comment