Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Buruh cedera ditetak akibat salah faham


13/01/2014 5:46pm

BESUT - Seorang buruh cedera parah di tangan kanan setelah ditetak oleh seorang daripada sekumpulan lima lelaki yang menyerangnya akibat salah faham di Perumahan PPRT, Gong Dasar, Kampung Jabi di sini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, akibat daripada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, buruh berkenaan menerima 15 jahitan setelah diserang dengan golok oleh seorang daripada lelaki yang dikenalinya itu.
Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 21 tahun didatangi kumpulan lelaki berkenaan yang menaiki Proton Perdana hitam sambil seorang daripada mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap mangsa yang mengganggu abangnya.
"Sebaik sahaja mangsa menjawab, dia terus ditampar suspek yang bertanya selain dipukul dengan kayu dan senjata tajam,” kata Kamaruddin kepada media di sini hari ini.
Katanya, dalam keadaan kelam kabut itu, seorang daripada suspek menetak mangsa menggunakan golok yang mengenai tangan kanan mangsa setelah dia cuba mengelak.
Mangsa kemudiannya dikejarkan oleh jirannya ke Hospital Besut dan diberi rawatan pesakit luar. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz2qH0OxA5M 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment