Search This Blog

Thursday, January 23, 2014

Bunuh anak majikan kerana tak dapat cuti


Dubai: Seorang pembantu rumah membunuh anak majikannya selepas tidak dibenarkan bercuti untuk pulang ke negara asalnya.

Dia didakwa melemaskan bayi berkenaan dengan kain basah ketika bayi itu tidur.


Menurut laporan, ibu bapa bayi terbabit yang berusia 30-an, mendapati bayi mereka mati selepas pulang dari tempat kerja.



“Mereka menyangka ia kematian biasa tetapi ahli keluarga mendesak mereka membuat pemeriksaan di hospital,” kata polis.


Mayat bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke pejabat forensik dan hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati kerana lemas.


Polis melaporkan, pembantu rumah yang berusia 20-an itu memberitahu polis dia kecewa kerana tidak dibenarkan cuti.

Pembantu rumah itu pada mulanya menafikan perbuatannya tetapi akhirnya mengaku membunuh bayi terbabit. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

No comments:

Post a Comment