Search This Blog

Friday, January 24, 2014

Berlusconi disiasat cuba rasuah saksi


Rome: Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi yang disiasat kerana menyogok saksi dalam perbicaraan menyaksikan dia dipenjarakan kerana melakukan seks dengan pelacur bawah umur, dedah mahkamah semalam.

Berlusconi, peguamnya dan beberapa wanita muda termasuk pelacur terbabit yang bergelar “Ruby si pencuri hati” disiasat berikutan keputusan pada Julai tahun lalu yang dirayu taikun media itu. Bilionair itu menafikan melakukan seks dengan Ruby ketika parti erotik yang diadakan di kediaman mewahnya di luar Milan.


Skandal yang melanda bilionair berusia 77 tahun itu kini disiasat kerana mempunyai saksi yang boleh dibeli, termasuk membayar beberapa wanita di parti bulanan terbabit agar memberi keterangan mengatakan majlis itu hanya acara makan malam biasa.



“Sudah terbukti bahawa Berlusconi melakukan seks dengan Ruby, penari eksotik yang berusia 17 tahun ketika itu yang nama sebenarnya ialah Karima El-Mahroug sebagai pertukaran dengan wang atau barangan berharga lain,” kata hakim yang mengendalikan kes itu.


Perdana Menteri sebanyak tiga kali itu bukan orang asing di mahkamah sepanjang karier politiknya. Berlusconi pernah dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana memalsukan cukai tahun lalu yang mendorong dia disingkirkan dari parlimen dan perlindungannya daripada undang-undang dilucutkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24

No comments:

Post a Comment