Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Banjir di Manila korbankan 13 orang


13 Januari 2014
MANILA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan puluhan ribu terpaksa keluar daripada rumah ekoran berlakunya banjir dan tanah runtuh disebabkan hujan yang tidak berhenti di Mindanao.

Biro cuaca hari ini, memberi amaran banyak hujan akan melanda kawasan rendah itu.

Majlis Pengurusan dan Risiko Pengurangan Bencana Kebangsaan melaporkan seramai 132,379 mangsa banjir telah dipindahkan di 10 wilayah disebabkan hujan yang dibawa oleh angin monsun.

Tujuh orang telah dilaporkan terkorban di wilayah Davao Oriental dan enam lagi di Lembah Compostela, kata Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan-Risiko, Eduardo del Rosario.

Gabenor Davoa Orental, Carazon Malanyaon juga berkata 10 wilayah Mindanao terjejas teruk akibat banjir kali ini dan menyebabkan kesukaran menghantar bekalan makanan.

"Kita tak ada masalah dengan barangan bantuan, kami ada cukup.

"Masalahnya ialah untuk mengagihkannya. Masalah kami adalah masalah nak akses. Jalan yang akan dilalui dan ada jambatan yang rosak," tambah Malanyaon.

No comments:

Post a Comment