Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

4 ditahan ganggu pembangkang


Bangkok: Polis Bangna menahan seorang wanita dan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam beberapa serangan terhadap tunjuk perasaan diadakan golongan antikerajaan, termasuk kejadian letupan bom di rumah pemimpin Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva, kelmarin.

Pegawai kanan penunjuk perasaan Thaworn Senneam berkata, suspek kini ditahan di Balai Polis Bangna.



“Mereka dipercayai menyeludup serta membekalkan senjata termasuk bom bertujuan menimbulkan kekacauan ketika perarakan di Bangkok,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam serangan bom di rumah Abhisit, bekas perdana menteri dan keluarganya terselamat kerana mereka tiada di rumah ketika itu.


Bagaimanapun insiden berkenaan mengakibatkan kerosakan pada bumbung dan dinding rumah itu.


Sementara itu, pihak polis sudah mengenal pasti mercun besar yang digunakan dalam serangan berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

No comments:

Post a Comment