Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

2 budak maut dalam kolam air pancut


Jakarta: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia Isnin lalu selepas lemas dalam kolam air pancut di Masjid Istiqlal di bandar raya ini.

Ketua Polis Sawah Besar, Shinto Silitonga berkata, kanak-kanak itu, Abdul Hadi Esa dan Ahmad Nur Alam pergi memancing bersama 15 lagi kanak-kanak lain di situ. Media melaporkan kedalaman kolam itu dianggarkan antara empat hingga lima meter.


Shinto berkata, mangsa berenang di dalam kolam itu, manakala rakan mereka yang lain hanya memancing.



“Rakan mangsa cuba menyelamatkan mereka tetapi gagal.


“Mayat kedua-duanya dibawa keluar kira-kira jam 2.10 petang,” katanya.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo untuk bedah siasat walaupun keluarga mereka tidak membenarkan berbuat demikian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

No comments:

Post a Comment