25 Disember 2013 Sebahagian pati yang ditahan di Jeti Nelayan Kelanang, kelmarin.
Platun Komander 8, Kompeni C ke-6 PGA, Inspektor Mohd Hafizuddin Mejah berkata, kesemua pati berkenaan berusia antara 21 hingga 48 tahun ditahan kira-kira jam 9.45 malam ketika menggunakan laluan salah.
Menurutnya, semasa intipan bersama bersama lebih 10 anggota melihat ada kelibat manusia di persisiran pantai yang melalui jeti berhampiran.
“Berdasarkan siasatan awal, kumpulan pati ini mendakwa mereka telah berkumpul di Batu Hampar, Jugra sebelum memulakan perjalanan menaiki sebuah bot untuk ke Indonesia.
“Sebelum itu, Pati terbabit dikatakan terpaksa membayar wang kepada tekong darat (pengurus haram) lebih kurang dua minggu awal sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian selepas Ops Nyah 1 di Kelanang.
Hafizuddin berkata, kumpulan berkenaan dipercayai keluar dari Malaysia dan akan dihantar ke Tanjung Balai, Indonesia selain difahamkan bekerja dalam pelbagai sektor seperti kontrak, pembantu rumah, kedai runcit dan lain-lain.
Dalam pada itu, Jahuri berkata, kesemua Pati ini sanggup menyelinap ke dalam bot pada waktu malam dengan harapan aktiviti mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa.
Katanya, bagaimanapun, semasa pemeriksaan dilakukan terdapat sebahagian daripada mereka cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan anggota yang menjalankan tugas.
“Katanya, pihaknya kini sedang menggiatkan usaha memantau persisiran pantai terbabit kerana berkemungkinan masih terdapat Pati yang masih melalui jalan laut sebagai laluan ke negara mereka.
“Kesemua Pati ditahan di Lokap Balai Polis Banting, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada imigresen,” katanya.