Oklahoma: Peramal cuaca memberi amaran kesan puting beliung di Missouri dan Kansas ketika angka kematian akibat bencana itu meningkat sembilan orang, semalam.
Antara yang maut adalah dua kanak-kanak dan tujuh orang dewasa, kata jurucakap pejabat pemeriksa perubatan, Amy Elliott.
Dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti manakala orang lain yang terbunuh tidak akan dimaklumkan identiti sehingga keluarga mereka dimaklumkan, kata pegawai.
Di Missouri, Scott Holste, jurucakap gabenor, Jay Nixon, berkata tiga orang maut kerana banjir selepas dihanyutkan masuk ke dalam terusan di Miller County.
Peramal cuaca memberi amaran, puting beliung juga boleh menggugurkan batu sebesar buah anggur.
Amaran disebarkan
Amaran puting beliung sudah disebarkan kepada penduduk kawasan terpencil hingga tenggara Kansas dan barat bandar raya Oklahoma.
Pihak berkuasa bimbang, banjir boleh berlaku di kawasan Lembah Sungai Mississippi.
Banjir kilat dan puting beliung menjadi punca kematian tiga orang di Arkansas lwat Khamis dan Jumaat lalu.
Tiga orang lagi hilang dalam banjir yang menyusul selepas hujan lebat melanda pergunungan Ouachita dekat Y City, barat Little Rock.
Selain itu, paras air sungai Fourche La Fave meningkat hingga 7.3 meter hingga membanjiri jambatan U.S. 71 di Scott County.
Lebih sedozen puting beliung melanda 11 hari selepas taufan besar melanda daerah Moore di Oklahoma menyebabkan 24 orang maut.
Bencana terbaru menyebabkan banjir kilang di beberapa kawasan bandar yang menjadi kediaman lebih 1.3 juta penduduk.
AP/REUTERS