Seorang lelaki berdiri di hadapan sebuah masjid yang musnah dibakar dalam rusuhan agama di Meiktila pada 21 Mac lalu. - REUTERS
YANGON 27 Mac - Keganasan terus berlaku di Myanmar dengan kekacauan terbaru tercetus di Nattalin, wilayah Bago, apabila kira-kira 200 perusuh bertindak membakar sebuah masjid dan beberapa buah rumah di bandar kecil itu.
Polis hari ini berkata, selepas seminggu rusuhan agama tercetus di Meiktila dan ia merebak ke beberapa kawasan termasuk berhampiran Yangon dengan jumlah yang maut mencecah 40 orang.
Sementara itu, penduduk Nattalin berkata, polis gagal menyuraikan keadaan ketika kumpulan perusuh datang dan membakar masjid di situ sebelum meninggalkan kawasan itu.
"Kira-kira 200 perusuh berada di situ semalam, namun polis tidak berjaya menghalang mereka yang bertindak membakar masjid dan beberapa kediaman penduduk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_05/200-perusuh-bakar-masjid#ixzz2OoewHQ5P
© Utusan Melayu (M) Bhd