Search This Blog

Sunday, December 22, 2013

Tom Cruise selesaikan saman fitnah RM161.8 juta



GAMBAR fail pada 17 Julai 2012 menunjukkan Tom Cruise mendukung Suri di New York.


LOS ANGELES - Aktor Hollywood, Tom Cruise menyelesaikan saman fitnah berjumlah AS$50 juta (RM161.8 juta) terhadap sebuah syarikat media Jerman kelmarin.
Cruise menyaman media tersebut kerana menyiarkan artikel bahawa dia meninggalkan anak perempuannya, Suri selepas bercerai dengan isteri, Katie Holmes.
Menurut dokumen di Mahkamah Daerah Los Angeles, peguam Cruise dan Syarikat Penerbitan Bauer sama-sama bersetuju membatalkan saman tersebut dengan masing-masing membayar kos guaman mereka sendiri.
Syarikat media itu menerbitkan beberapa majalah popular termasuk Style dan InTouch Weekly. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2o9APxwtc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment