Search This Blog

Tuesday, December 17, 2013

Tempoh reman 'Tuhan Harun' disambung

Harun Mat Saat
KUANTAN 12 Dis. - Tempoh tahanan reman ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat yang ditahan di Tangkak, Johor, pada 20 November lalu disambung sehingga Rabu ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, turut disambung reman ialah isteri ketiga Harun, Nor Azida Mohd. Zol, 30, serta pemandunya, Nor Hairi Harun, 41 yang juga ditahan pada hari yang sama.
Beliau berkata, mereka kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Majid.
"Siasatan berhubung kes itu kini masih diteruskan dan kesemua mereka yang ditahan termasuk Harun disambung reman sehingga 18 November ini," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kesemua mereka direman sejak 21 November lalu setelah diarahkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Dalam kejadian pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadap rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkata, suspek yang menembak Ahmad Raffli Abdul Malik telah dikenal pasti dan akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Khalid berkata, suspek adalah antara individu yang ditahan oleh polis sebelum ini, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suspek berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131213/ma_03/Tempoh-reman-Tuhan-Harun-disambung#ixzz2njuh3pKd

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment