Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

Polis Selangor rampas heroin bernilai RM1.38 juta


SHAH ALAM 3 Dis. - Polis berjaya merampas 37 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM1.38 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang turut dijadikan markas memproses dadah di Damansara, Petaling Jaya, dekat sini pada 28 November lalu.
Turut disita dalam serbuan itu adalah wang tunai, barang kes dan kenderaan yang kesemuanya bernilai lebih setengah juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, semasa serbuan dilakukan, lima lelaki di dalam rumah tersebut sedang memproses dadah.
"Hasil siasatan lanjut terhadap serbuan pertama, pasukan kita telah melakukan beberapa serbuan susulan di sekitar Puchong, Cheras dan Sentul bagi mengesan saki baki sindiket.
"Hasil serbuan susulan, kita telah berjaya menahan lima lagi suspek termasuk sepasang suami isteri dan juga dua lelaki warga India yang merupakan ahli sindiket tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131203/je_09/Polis-Selangor-rampas-heroin-bernilai-RM138-juta#ixzz2mSU7y1jm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment