Search This Blog

Tuesday, December 17, 2013

Polis sakit mental larikan 4WD, budak 5 tahun


KUNAK 16 Dis. - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai sedang bercuti untuk berubat kerana mempunyai masalah mental, melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bersama seorang budak lelaki berusia lima tahun yang juga jirannya di Kampung Bagiang, dekat sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Said Maskor ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan tersebut dalam keadaan enjin dihidupkan oleh abang iparnya yang bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat perladangan.
Ketua Polis Daerah Kunak, Deputi Supritendan M. Radzali Mahmud berkata, penyelia berusia 34 tahun yang sedang bersiap-siap untuk ke Lahad Datu itu meletakkan kenderaan berkenaan di hadapan rumah sambil memanaskan enjinnya.
"Selang beberapa minit, mangsa dilaporkan masuk ke dalam rumah dan kesempatan itu digunakan oleh suspek yang tinggal berdekatan melarikan kenderaan bersama budak berkenaan yang berada di tempat duduk belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut M. Radzali, kejadian tersebut disedari bapa mentua penyelia ladang berkenaan, Maskor Mahmud, 50-an, yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 33 tahun merupakan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
"Dia yang berasal dari Kampung Bagiang sedang bercuti selama 82 hari bermula 30 September lalu untuk berubat," katanya.
Tambah beliau, pihaknya percaya suspek masih berada di negeri ini dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 365 dan 379A Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_03/Polis-sakit-mental-larikan-4WD-budak-5-tahun#ixzz2nnhqsbct
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment