Search This Blog

Tuesday, December 17, 2013

Polis Kelantan lancar Ops Api buru dua penjenayah


BACHOK 17 Dis. - Polis Kelantan melancarkan Ops Api bagi memburu dua penjenayah yang melarikan diri setelah melepaskan tembakan yang mengenai dinding rumah ketika pihak berkuasa itu membuat serbuan di sebuah lokasi penagihan dadah di Kampung Beris Kubor Besar di sini petang ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu,kira-kira 80 anggota polis terlibat termasuk dengan bantuan seekor anjing pengesan dalam ops berkenaan.
"Anggota polis yang terlibat dalam operasi yang dilancarkan serta-merta itu ialah dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), unit K9 dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.
"Kawasan operasi bagi memburu penjenayah tersebut adalah di sekitar kawasan Pengkalan Che Kassim dan Kampung Pauh Sembilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_08/Polis-Kelantan-lancar-Ops-Api-buru-dua-penjenayah#ixzz2nniN6dvu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment