Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

Polis buru suami toreh isteri


Keadaan Nor Hafazalina Mohd. yang cedera selepas didera suaminya dengan pisau lipat dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/AINAA MARDHIAH MOHD. GHAZALI
SEREMBAN 3 Dis. - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencederakan isterinya dalam pergaduhan di rumah mereka di Ampangan di sini Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Baharudin Mustapa berkata, suspek berusia lingkungan 30-an dicari selepas mangsa, Nor Hafazalina Mohd., 30, membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
"Polis masih menyiasat kes ini termasuk mengambil keterangan mangsa," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa terpaksa menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya yang menoreh pipi, dahi dan tangan dengan pisau lipat.
Tindakan kejam ke atas mangsa difahamkan berpunca selepas dia menuntut penceraian kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Juriah Hashim, 55, memberitahu, dia kesal dengan tindakan menantunya yang disifat kejam dengan melakukan perbuatan melampau terhadap Nor Hafazalina.
"Saya tidak akan memaafkan dia setelah apa yang dilakukan terhadap anak saya. Tindakan dia sudah melampau dan kini kes ini dalam perhatian pihak polis," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131204/je_04/Polis-buru-suami-toreh-isteri#ixzz2mSW05n7D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment