Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

Polis berkas satu keluarga jadi peragut di karnival


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Menjadikan pesta dan karnival sebagai lokasi sasaran jenayah, sepasang suami isteri menggunakan tiga anak mereka berusia antara 13 hingga 17 tahun untuk meragut barang kemas ketika pengunjung sedang leka.
Kegiatan jenayah keluarga peragut warga tempatan dari Sabah itu bagaimanapun terbongkar selepas polis menyerbu sebuah hotel mewah di ibu negara dan menahan lima beranak itu pada pukul 7 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, sindiket yang didalangi lelaki berusia 52 tahun itu disyaki aktif melakukan kegiatan jenayah tersebut sejak tahun lalu dalam setiap pesta dan karnival tumpuan orang ramai termasuk 'Jom Heboh'.
"Keluarga ini menyasarkan kanak-kanak bawah enam tahun sebagai mangsa untuk mereka menjalankan jenayah ragut. Ketika ibu bapa mangsa sedang leka, mereka akan menghampiri kanak-kanak itu dan menggunting rantai atau gelang emas dipakai kanak-kanak sebelum melarikan.
"Mereka juga dikesan menginap di hotel-hotel mewah di ibu negara bagi mengelak daripada kegiatan jenayah itu dikesan pihak polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131203/je_11/Polis-berkas-satu-keluarga-jadi-peragut-di-karnival#ixzz2mSUfd2x9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment