Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

Percutian jadi tragedi



BEGINILAH keadaan kereta dinaiki sebuah keluarga selepas dirempuh sebuah van kilang di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Kegembiraan tujuh sekeluarga bercuti di negeri ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah kereta yang dinaiki dirempuh sebuah van kilang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Uban di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Saodah Hashim, 48, dan anak lelakinya, Nazirul Hafis Muhammad Bakri, 11, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Mangsa menaiki kereta yang dipandu adiknya, Mohd. Firdaus Hashim, 24, bersama ibu mereka, Salmah Hashim, 64, dan tiga anak mangsa iaitu Mohd. Khairul Nizar, 22, Sazafiza, 16, dan Mohd. Naufal, 4.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2mSJYazLV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment